LoBsTeR uTaRa

Everything's about Lobster

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia..

Untuk aku & korang2 yang baru nak mula menjebakkan diri dalam penternakan udang kara air tawar ni, aku sarankan korang buat sikit 'homework' tentang udang ni..sebenornya takde la rumit sangat..teknik2 penjagaan pun tak susah sangat pun..cuma mau ada minat sikit, memang boleh buat punya.hehe..

Untuk permulaan macam aku ni, 'of course' aku kena standby dulu peralatan-peralatan dia dahulu..


Minimum saiz untuk satu2 akuarium tu..saiz dia lebih kurang macam ni pun takpe..lagi besar lagi bagus..untuk permulaan..standby la lebih kurang untuk 2-3 akuarium untuk saiz macam ni..untuk si induk dengan si anak-anak mesti letak di dalam akuarium yang berasingan..untuk mengelakkan sebarang masalah kepada si anak..




Beberapa potongan PVC juga perlu juga disediakan dan diletakkan di dalam akuarium si induk.(seperti dalam gambarajah di atas).

Peralatan-peralatan yang lain adalah seperti penapis air(water filter), wire extention, 1 unit gelung getah air dan sauk. Ini semua korang boleh dapatkan di kedai-kedai yang menjual ikan perhiasan atau akuarium..masa yang sama korang boleh la dapatkan di kedai yang sama kit-kit penjagaan air seperti 1 botol anti chlorine water, pH tester, garam dll.

Dari segi makanan pula, adalah seperti pelet ikan (yang tenggelam ke dasar), kulit udang laut, isi ikan dll..pendek kata..cukup senang nak bagi dia makan..hehe

KENALI JENIS UDANG KARA AIR TAWAR


Spesis udang kara secara umumnya terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

>Udang Kara Penyepit (Clawed Lobster)
>Udang Kara Berduri (Spiny Lobster)

Udang Kara Penyepit






Ianya terdiri daripada keluarga (Nephropidae/Homaridae) di lautan yang besar.Dari aspek ekonomi,ianya seringkali menjadi salah satu sektor yang paling menguntungkan buat para nelayan khasnya.Contoh-contoh terdekat bagi spesis udang kara penyepit ini adalah seperti keluarga udang kara terumbu dan keluarga udang kara air tawar.

Spesis udang kara ini pada kebiasaannya mendiami persekitaran yang berbatu atau terumbu yang cetek.Ianya lebih suka keluar untuk mencari makanan pada waktu malam, yang mana di siang harinya ia akan bersembunyi di celah-celah batu.

Udang Kara Berduri


Berasal dari keluarga Palinuridae, ianya turut dikenali juga sebagai udang kara batu (langouste) atau udang laut.Ianya boleh ditemui di sekitar pantai Australia,New Zealand dan Afrika Selatan.



Ianya suka mendiami perairan yang cetek,di antara batu-batu atau terumbu.Namun sekali sekala ia akan ke bawah hingga 90 meter dalam atau lebih.Spesis udang kara ini adalah jenis yang suka berada dalam kumpulan dan kerap berpindah randah.

KENALI SPESIS UDANG KARA AIR TAWAR


Dikatakan berasal dari Amerika Utara, ianya tidaklah terlalu mendapat sambutan yang menggalakkan, sehinggalah pada pertengahan kurun ke-19,di mana ianya telah dikomersialkan secara berperingkat-peringkat.


Berbanding dengan spesis udang kara laut,spesis udang kara air tawar pula dipercayai berasal dari Australia.Ia paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 dan ke atas.Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga ke 14 inci,manakala beratnya pula adalah dari 75gram hingga 250gram.Rupanya yang seakan-akan udang kara laut ini juga amat mudah dipelihara dan dijaga.

Struktur tubuh badannya terdiri daripada 2 bahagian iaitu kepala dan badan.Cangkerang yang melitupi kepalanya berfungsi sebagai perlindungan bagi organ-organ tubuh yang lain seperti otak,insang,hati dan tepi organ.Satu fakta yang menarik mengenai spesis udang kara air tawar ini ialah ianya tidak memiliki tulang dalam.Seluruh tubuhnya pula dilitupi sepenuhnya dengan cangkerang.Sepasang antena pula berperanan untuk menghidu,merasa dan meraba makanan dan keadaan sekelilingnya.Manakala sepasang penyepitnya mempunya ukuran yang lebih lebar dan panjang berbanding dengan ruang dasar penyepitnya.Jantina udang kara ini dapat ditentukan melalui perbezaan pada bahagian kaki,kecerahan pada warna kulit dan ukuran penyepitnya,yang mana udang kara jantan memiliki penyepit yang lebih besar dari spesis induk betina.



Spesis udang kara air tawar ini pada kebiasaannya menjadi salah satu menu makanan eksklusif yang utama di hotel-hotel dan restoran ternama di seluruh dunia.Ianya mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein.Bagi penggemar-penggemar spesis udang kara ini,ianya agak berbaloi untuk dinikmati oleh kerana harganya yang lebih murah dan lebih berat timbangannya.

About Me

Followers

All Rights Reserved. Powered by Blogger.